Friday, July 10, 2015

Ulasan Surah SHAAD



Surah 38: 

SHAAD.

Surah Shaad terdiri atas 88 ayat termasuk golongan surah makkiyyah, diturunkan sesudah surah Al-Qamar.

Dinamai dengan “Shaad” kerana surah ini dimulai dengan “Shaad”.

Dalam surah ini Allah bersumpah dengan Al-Quran, untuk menunjukkan bahawa Al-Quran itu suatu kitab yang agung dan bahawa siapa sahaja yang mengikuti nya akan mendapat kebahagian dunia dan akhirat dan untuk menunjukan bahawa Al-Quran ini adalah mukjizat Nabi Muhammad s.a.w.  yang menyatakan kebenaran nya dan ketinggian akhlak nya. 

Sumber;
Khatam terjemahan ayat-ayat  Shaad (1-88),

Surah ASH SHAFAAT



Surah 37: 

ASH SHAFFAAT (yang ber shaf-shaf).  

Surah Ash Shaffaat terdiri atas 182 ayat termasuk golongan surah Makkiyyah diturunkan sesudah surah Al-Anaam.

Dinamai dengan “As Shafaat” (yang bershaf-shaf) ada hubunbgan nya dengan perkataan “As Shafaat” yang terletak pada ayat permulaan surah ini  yang mengemukakan bagaimana para malaikat yang berbaris dihadapan Tuhan nya yang bersih jiwanya, tidak dapat digoda oleh syaitan.

Hal ini hendaklah menjadi ikitibar bagi manusia dalam menghambakan dirinya kepada Allah.



Sumber;
Khatam terjemahan ayat-ayat  Ash Shafaat (1-182)
,
[GS]
https://sites.google.com/site/mengeluhberpeluh/1/1