{78}
AL-NABA (khabaran) 1~40.
Dengan
nama Allah, Pemurah, Penyayang.
1. Dari
hal apakah mereka bertanya-tanyaan ?
2.
Adakah dari hal khabaran yang besar ?
3. Yang
mereka berselisihan padanya ?
4. Tidak
bagitu ! (tetapi) mereka akan ketahui
5. Lagi,
tidak bagitu ! (tetapi) mereka akan ketahui.
6.
Bukankah kami telah jadikan bumi itu terbentang ?
7. Dan
gunung-gunung itu sebagai pancangan nya ?
8. Dan
kami telah jadikan kamu berpasangan-pasangan
9. Dan
kami telah jadikan tidur kamu itu (untuk) berhenti lelah.
10. Dan
kami telah jadikan malam itu (sebagai) pakaian.
11. Dan
kami telah jadikan siang itu tempat penghidupan.
12. Dan
kami telah jadikan disebelah atas kamu itu tujuh yang besar
13. Dan
kami telah jadikan satu pelita yang amat terang.
14. Dan
kami telah turunkan dari mega-mega yang berat akan air yang bercucuran.
15.
Kerana kami hendak keluarkan dengan (air) itu biji-biji tumbuh-tumbuhan.
16. Dan
kebun-kebun yang subur.
17.
Sesungguhnya hari keputusan itu adalah satu masa yang tertentu.
18.
Dihari yang ditiup sangkala, lalu kami sekalian datang berduyun-duyun.
19. Dan
akan dibuka langit, maka jadilah ia beberapa pintu.
20. Dan
akan dihapuskan gunung-gunung jadilah ia fatamorganalah ia.
21.
Sesungguhnya neraka itu adalah tempat yang disediakan.
22.
Tempat kembali bagi orang-orang yang durhaka.
23. Yang akan
diam padanya beberapa abad lama nya.
24. Tidak
akan mereka merasa padanya dingin dan tidak minuman.
25.
Kecuali air yang mendidih dan air luka dan nanah.
26.
Sebagai balasan yang pantas.
27.
(Kerana) sesungguhnya mereka tidak percaya kepada perhitungan (amal).
28. Dan
mereka telah dustakan sungguh-sungguh akan perintah-perintah kami
29. Pada
hal tiap-tiap suatu, kami telah kumpulkan didalam kitab (amal)
30. “Oleh
sebab itu, rasalah, maka kami tidak akan tambah bagi kamu melainkan azab
(lagi)”.
31.
Sesungguhnya orang-orang yang berbakti akan mendapat kesenagan.
32.
Kebun-kebun dan angur-angur.
33. Dan
perawan-perawan muda yang sebaya.
34. Dan
piala yang penuh (minuman).
35. Tidak
akan mereka mendengar padanya perkataan yang sia-sia dan tidak dusta.
36.
Sebagai pembalasan dari Tuhan mu, pemberian yang cukup.
37. Tuhan
yang mempunyai langit-langit dan bumi dan apa-apa yang ada diantara keduanya,
pemurah, pada hal mereka tidak berhak berkata-kata kepada
nya.
38.
Dihari yang akan berdiri ruh dan melaikat berbaris-baris, pada hal mereka tidak
akan berkata-kata kecuali siapa yang diizinkan oleh (Tuhan) pemurah, serta ia
berkata benar.
39. Yang
demikian lah hari yang benar, lataran itu, siapa yang mahu, biarlah ia pilih
tempat kembali kepada Tuhan nya.